Golf: Natasha Andrea Onn makin hampir capai juara pertama

Golf: Natasha Andrea Onn makin hampir capai kemenangan pertama di Jelajah Epson

golf
Natasha Andrea Oon
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain golf profesional wanita Malaysia. Natasha Andrea Oon makin menghampiri kemenangan pertama dalam siri Jelajah Epson apabila untuk kali tiga muncul sebagai naib juara.

Pemain berusia 212 tahun itu merekodkan kedudukan kedua untuk kali ketiga musim ini pada Ahad lalu di Island Resort Championship di Harris, Michigan yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$225,000.

Natasha melakukan catatan 67,68 dan 67  untuk keseluruhan 14 di bawah par pada aksi di Lapangan Golf Sweetgrass untuk berkongsi tempat kedua dengan pemain Amerika Syarikat (AS), Auston Kim.

Kedua-dua mereka ketinggalan satu pukulan dengan juara iaitu Tsai Ching Tseng dari Taiwan yang mencatatkan kejayaan pertamanya dalam siri jelajah itu.

“Saya melakukan catatan yang bagus hari ini dan tidak marah dengan diri sendiri. Ada beberapa pukulan putt yang sepatutnya saya dapat lakukan , tetapi dengan hujan ia agak sukar. Saya betul-betul gembira kerana saya bermain dengan baik,” kata Natasha yang mula menjadi pemain profesional pada Jun tahun lalu selepas di mana sebelum ini dia aktif dalam pasukan golf Universiti San Jose.

“Saya tahu saya ada peluang sepanjang tahun dalam kejohanan-kejohanan seterusnya. Saya rasa saya akan menang tidak lama lagi,” katanya.

Dengan wang kemenangan AS$18,521 pada kejohanan itu menjadikan wang kemenangan keseluruhan yang dikumpul setakat ini adalah AS$82,257 meletakkanya di tempat kedua dalam Jelajah Epson,

Natasha setakat ini telah mencatatkan enam keputusan dengan kedudukan 10 terbaik dalam 11 pertandingan. Siri jelajah itu kini didahului oleh pemain Australia, Gabriela Ruffels yang tidak berakis di Island Resort Championship kerana bermain di KPMG Women’s PGA Championship.

Seorang lagi pemain Malaysia, Alyaa Abdulghany berkongsi tempat ke-11 dengan tujuh di bawah par dengan catatan  71, 70 dan 68 di Sweetgrass.

Seorang lagi pemain Malaysia yang beraksi pada kejohanan itu ialah Ashley Lau yang gagal melepasi had kelayakan.

Jelajah Epson adalah jelajah kelayakan rasmi untuik Ladies Professional Golf Association (LPGA) Tour dan kini sudah separuh musim untuk tahun 2023.

Sepuluh pemain terbaik musim ini layak untuk menyertai Jelajah LPGA untuk musim 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya