Falcao pemain baharu JDT?

Falcao pemain baharu JDT?

PERTEMUAN Tunku Ismail dan bintang Colombia, Radamel Falcao mencetuskan tanda tanya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bintang bola sepak Colombia, Radamel Falcao telah berada di Johor Bahru bersama pasukan gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kehadiran bekas penyerang Manchester United itu dikongsikan sendiri oleh pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim di media sosial sekali gus menimbulkan persoalan adakah Falcao akan menyertai skuad Harimau Selatan.

Lebih menguatkan spekulasi itu, apabila jendela perpindahan kedua Liga Malaysia bakal dibuka awal bulan depan dan tidak mustahil nama Falcao bakal didaftarkan oleh juara sembilan kali berturut-turut Liga Super itu.

Kontrak Falcao bersama kelab Rayo Vallecano bakal berakhir bulan ini, menurut laporan media di Sepanyol, dia bersedia untuk mencuba cabaran baharu bersama JDT.

Media Sepanyol, Marca mendakwa Falcao sedang menilai tawaran bagi menandatangani kontrak bersama JDT.

Sekiranya bekas penyerang Chelsea itu sah menandatangani kontrak bersama JDT, dia akan menjadi pemain berprofil tinggi kedua yang menyertai Harimau Selatan selepas Pablo Aimar pada 2013.

Penyerang berusia 37 tahun itu, mula beraksi bersama Rayo Vallecano sejak musim 2021 selain pernah menyarung jersi kelab Turki, Galatasaray selama dua musim. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya