Bersediakah kita dengan fotografi AI?

Bersediakah kita dengan fotografi AI?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FOTOGRAFI adalah seni yang bergerak bersama teknologi dalam kehidupan manusia. Sekian lama ia menjadi bidang yang penting dan meraih permintaan serta perhatian ramai.

Sebagai salah satu medium visual yang penting untuk komunikasi, maka fotografi turut menjadi salah satu cabang dalam teknologi Artificial Intelligence (AI) atau kecerdasan buatan.

GAMBAR oleh HAFIZ ISMAIL

 

Teknologi AI dalam fotografi merupakan satu penemuan digital yang membolehkan kita menentukan serta mewujudkan visual mengikut kehendak dan keperluan kita atau pelanggan.

AI bertindak bagaikan sebuah mesin yang mampu belajar dan berperilaku seperti manusia serta semakin mendapat tempat untuk melengkapkan imej dalam bidang fotografi.

Dengan sistem sedia ada sekarang, penggabungan imej fotografi disunting bersama perisian suntingan fotografi melalui komputer dalam menghasilkan gambar, namun teknologi AI melengkapkan setiap keperluan subjek dalam gambar dengan sempurna daripada imaginasi visual melalui arahan kata kunci dengan penerangan bahasa yang dipanggil prompt.

AI dalam fotografi mempunyai berpotensi meningkatkan kualiti, kecekapan dan kepantasan dalam menghasilkan imej fotografi yang mirip kepada imej tulen.

Seorang jurugambar komersial berpengalaman, Hafiz Ismail menjadikan teknologi AI sebagai nilai tambah dalam menghasilkan story board atau papan cerita bagi projek fotografinya.

Hafiz menjadikan hasil-hasil imaginasi daripada AI sebagai medium untuk membantunya bertindak sebagai perunding kepada pelanggan dalam mendapatkan hasil diingini.

Dengan teknologi itu, dia memberi bantuan dari segi idea dan cadangan yang terus diimaginasikan ke bentuk visual sebenar.
Ini seterusnya dapat membantu mempercepatkan proses mengambil gambar sekali gus memberi kepuasan kepada pelanggan kerana jangkaan terhadap hasil kerja adalah seperti yang diharapkan.

Fotografi AI kini memberikan sumbangan besar dalam meningkatkan kualiti gambar, mempercepat proses suntingan dan memberikan kesan imej yang lebih tepat. Ia memberi nafas baru dalam bidang fotografi yang semakin terbuka luas kepada jurugambar.

Dalam masa sama, perkembangan teknologi ini turut membawa kesan yang mungkin menghapuskan sebahagian daripada kaedah fotografi yang masih digunakan ketika ini.

Bagaimanapun, penggunaan teknologi itu turut mempunyai kelemahan dan risiko dari segi privasi dan kesalahan dalam imej yang dihasilkan.

Oleh itu, perlu ada pengawalan dan pengawasan ketat dalam penggunaan teknologi AI. Teknologi deep fake ini sebagai contoh, boleh menghasilkan imej palsu dengan kualiti seperti gambar tulen yang boleh digunakan untuk memalsukan fakta, memfitnah dan menjatuhkan seseorang.

Dalam aspek lain, bagi pengamal fotografi, perkembangan AI ini memberi cabaran kepada mereka untuk menghasilkan gambar-gambar tulen yang lebih berkualiti bagi membuktikan kehebatan untuk bersaing dengan aplikasi platform teknologi moden ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya