KEMAMAN: Hasrat seorang wanita menikmati otak-otak terbantut apabila menemui bangkai seekor cicak dalam lipatan daun kelapa makanan tersebut, semalam.
Wanita yang dikenali sebagai Nurul Edayu memuat naik gambar otak-otak ‘inti cicak’ yang dibeli adiknya di sebuah kedai di daerah ini, dalam kumpulan Facebook dan hantaran itu mendapat pelbagai reaksi netizen.
Bagaimanapun, wanita itu bernasib baik kerana tidak terus menyuap otak-otak tersebut dan memeriksa dengan teliti inti makanan itu selepas merasa pelik dengan tekstur inti otak-otak tersebut.
“Dok dang kekoh agi (belum sempat gigit lagi). Dang belek-belek sebab lain macam (sempat perhati betul-betul sebab rasa lain macam),” tulisnya.
Sementara itu, pengguna Facebook, Shamer Official berharap pihak Jabatan Kesihatan membuat pemeriksaan terhadap kedai tersebut. – UTUSAN