NILAI: Datuk Azizulhasni Awang membuktikan dirinya berada dalam prestasi terbaik selepas meraih emas ke-12 Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2023 dalam acara kegemarannya keirin di Velodrom Nasional sebentar tadi.
Azizulhasni yang digelar The Pocket Rocketman berjaya meraih emas dalam acara pecut individu mengatasi pesaing utama dari Jepun, Shinji Nakano.
Lebih manis, seorang lagi pelumba negara, Muhamad Shah Firdaus Sahrom turut berada di podium apabila meraih gangsa.
Ia adalah emas ke-12 Azizulhasni sepanjang menyertai ACC dan dia akan menamatkan karier selepas Sukan Olimpik Paris 2024.-UTUSAN