Anwar solat Jumaat di Semenyih

Anwar solat Jumaat di Semenyih

ANWAR Ibrahim melambai tangan ke arah orang ramai sebelum beredar selepas solat Jumaat di Masjid Raja Muda Musa di Semenyih, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENYIH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menunaikan Solat Jumaat di  Masjid Raja Muda Musa, di sini, bersama penduduk di kawasan ini, hari ini.

Anwar yang mengenakan baju Melayu berwarna hijau muda turut meluangkan masa bertemu dan bersalaman dengan kariah masjid berkenaan sebelum solat Jumaat bermula.

Beliau yang duduk di saf hadapan mendengar khutbah Jumaat bertajuk ‘Islam Agama Kasih Sayang’ disampaikan oleh Imam 1 Masjid Raja Muda Musa, Muhammad Hanif Abd. Patah.

Sebaik selesai menunaikan solat Jumaat, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) tersebut sempat meluangkan masa hampir 10 minit bersalaman dengan jemaah yang hadir.

Terdahulu, Anwar menjamu selera di Warung Belado Kak Ani di Jalan Sungai Lalang, di sini, bersama penduduk setempat sebelum bergerak menuju ke Masjid Raja Muda Musa.

Beliau dihidangkan dengan pelbagai menu sajian kampung seperti ikan keli goreng berlado dan ayam masak merah serta kuih-muih.

Turut bersama Ahli Parlimen Tambun itu  Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, penduduk kampung serta sekumpulan pelajar tahfiz di pusat pengajian berdekatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya