Aaron-Wooi Yik wakil tunggal Malaysia ke suku akhir di Indonesia

Aaron-Wooi Yik wakil tunggal Malaysia ke suku akhir di Indonesia

AARON CHIA-SOH WOOI YIK (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal Malaysia meneruskan cabaran pada kejohanan badminton Terbuka Indonesia apabila melangkah ke suku akhir di Jakarta hari ini.

Kemenangan 21-19, 21-16 membolehkan beregu lelaki No. 1 negara itu melakar kemenangan kedua berturut-turut ke atas pasangan Korea Selatan tersebut.

Aaron-Woon Yik yang diletak sebagai pilihan kedua kejohanan kini akan berdepan gandingan dari Jepun, Akira Koga-Taichi Saito yang mengejutkan pilihan pertama dari China, Liu Yuchen-Ou Xuanyi 18-21, 24-22, 21-16.

“Perlawanan hari ini agak sukar, terutama di set pertama kerana asyik ketinggalan. Bagaimanapun, kami dapat bermain lebih tenang ketika berada di mata penting dan berjaya dapatkan semula momentum.

“Seperti yang saya selalu cakap, kami tidak suka untuk letakkan sebarang sasaran setiap kali kejohanan kerana apa yang paling penting adalah berikan 100 peratus apabila masuk ke gelanggang,” kata Aaron.

Sementara itu, cabaran dua beregu profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan beregu campuran profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing berakhir di pusingan kedua.

Ee Yi-Yew Sin tumpas 20-22, 17-21 kepada pasangan tuan rumah, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dalam saingan beregu lelaki, manakala Kian Meng-Pei Jing tewas juga kepada wakil Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 17-21, 16-21 untuk saingan beregu campuran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya