70,000 bakal dapat kompleks komuniti - Utusan Malaysia

70,000 bakal dapat kompleks komuniti

JUWAIRIYA ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Penantian lebih 70,000 penduduk empat kampung di Mukim Pasangan di sini, untuk memiliki dewan terbuka berakhir apabila projek itu dijangka siap sepenuhnya pada Oktober depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli berkata, kerajaan Selangor memperuntukkan RM336,000 bagi kerja membina dan menyiapkan Kompleks Komuniti Selangor Penyayang yang merangkumi dewan terbuka di Kampung Tanjung Siam.

“Penduduk tiga kampung kecuali Kampung Asahan sebelum ini mempunyai balai raya namun ia terhad bagi melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

“Mereka tidak mempunyai kawasan sesuai sehingga terpaksa mengadakannya di halaman rumah dengan mendirikan khemah di kampung masing-masing,” katanya selepas melawat tapak pembinaan kompleks itu di Kampung Tanjung Siam, hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, memberitahu kewujudan kompleks komuniti itu kelak diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya penduduk setempat.

“Kompleks itu di bawah tanggungjawab Pejabat Daerah dan Tanah (PDT),Kuala Selangor dan diuruskan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tanjung Siam. Ia menyediakan kemudahan dewan baharu terbuka yang dilengkapi, pagar, bumbung dan tandas,” jelasnya.

Katanya lagi, pembinaan kompleks itu sebahagian daripada peruntukan projek Selangor Penyayang berjumlah RM1 juta di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

“Sebanyak RM500,000 telah digunakan bagi fasa pertama kompleks ini dan sebahagian lagi disumbangkan kepada perolehan dan pembekalan alatan pejabat di empat agensi di DUN Bukit Melawati.

“Ia antaranya melibatkan Klinik Kesihatan Kuala Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor dan pemasangan permaidani bagi Persatuan Veteran ATM (Angkatan Tentera Malaysia) Kuala Selangor,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya