24 kisah realiti hidup sarat pengajaran

24 kisah realiti hidup sarat pengajaran

TERDAPAT 24 coretan atau kisah yang penuh pengajaran berkenaan realiti kehidupan sehari-hari masyarakat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Semasa berlaku perselisihan anak-anak dengan menantunya, Rasulullah SAW turut campur tangan. Baginda menguraikan simpul yang kusut serta mengemaskan ikatan yang longgar.”

Sering kali kita mendengar kata-kata bahawa jika menginginkan keluarga bahagia, ibu bapa atau mentua tidak boleh sesekali campur tangan dalam masalah anak-anak.

Namun sebenarnya ia merupakan satu kenyataan yang silap. Hal ini ditulis dan dikongsikan oleh Ustaz Abdul Wahab Md. Ali atau lebih dikenali sebagai Abdul Wahab Paloh Nyior dalam buku beliau berjudul Sehari Sepatah Ayat, Lama-Lama Menjadi Nasihat.

Beliau menyatakan pasangan yang baharu berkahwin contohnya, mereka masih mentah dan sangat memerlukan tunjuk ajar orang tua maka perlu ambil teladan daripada mentua Rasulullah SAW iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq.

Dalam buku ini ditulis mengenai kisah menantu dan mentua yang memberi 1,001 makna.

Saidina Abu Bakar bukanlah seperti kebanyakan ibu bapa lain yang suka pertahankan anak sendiri serta menyalahkan menantu. Tetapi sentiasa adil dan membenarkan apa yang benar. Kebenarannya itu terserlah di sebalik gelarannya, As-Siddiq.

Menggunakan konsep dakwah melalui penulisan, Abdul Wahab mengetengahkan isu-isu dan permasalahan yang sering berlaku dalam kalangan umat Islam menerusi penceritaan, kisah asal yang berlaku serta memberi solusi kepada setiap masalah.

Terdapat 24 coretan atau kisah santai yang penuh pengajaran selain perihal Mentua dan Menantu Terhebat, antara lain ialah Bulan Madu, Manusia Yang Sering Lupa, Kisah Musa dan Khidir, Populariti dan Privasi serta topik berkenaan realiti kehidupan sehari-hari masyarakat.

Setiap halaman yang diselak menarik untuk dibaca. Sarat dengan ilustrasi, foto dan kepelbagaian jenis tulisan membuatkan pembaca mudah memahami.

Penulis juga memuatkan pelbagai nasihat dan teguran yang secara tidak langsung dapat membetulkan sikap dan cara kita berfikir dalam menanggapi sesuatu perkara.

Buku ini juga sesuai dijadikan bahan kuliah atau tazkirah ringkas. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya