Wei Chong-Kai Wun kejutkan The Daddies

Wei Chong-Kai Wun kejutkan The Daddies

MAN Wei Chong-Tee Kai Wun tewas kepada gandingan dari China Liang Wei Keng-Wang Chang, 21-17, 16-21, 21-17 pada aksi suku akhir Terbuka Arctic 2024, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasangan sedang meningkat, Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan terbesar pada kejohanan badminton Malaysia Masters apabila menumbangkan bekas juara dunia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Menghuni ranking ke-26 dunia, Wei Chong-Kai Wun tidak gentar berdepan pasangan No. 6 dunia, Ahsan-Hendra apabila menumpaskan jaguh handalan Indonesia itu 23-21, 21-17 dalam masa 39 minit.

Ini adalah kemenangan pertama Wei Chong-Kai Wun ke atas bekas beregu No. 1 dunia itu selepas kalah 14-21, 15-21 dalam pertemuan terakhir mereia di Terbuka Singapura, tahun lalu.

Wei Chong-Kai Wun yang memanfaatkan sokongan padu penyokong tuan rumah kini akan berdepan pemenang di antara rakan senegara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik atau pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin pada separuh akhir esok.

“Sebelum ini pun kami memang ada menonton perlawanan mereka dan semasa di gelanggang, kami hanya buat yang terbaik,” kata Wei Chong.

Sementara itu, Kai Wun juga mengakui kemenangan itu sangat bermakna memandangkan mereka bertemu gandingan hebat yang pernah menjuarai Sukan Olimpik 2008.

“Sangat gembira, sebab mereka pasangan yang bukan senang untuk dikalahkan. Ketika bertemu mereka, kami hanya mahu tampilkan aksi terbaik.

“Kemenangan ini juga meningkatkan keyakinan kami ke satu lagi tahap. Azam kami selepas ini bukan hanya mahu menang ke atas mereka, tetapi juga pemain lain yang terbaik, yang berada di kedudukan teratas,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya