Untuk capai pendapatan setara, sekarang memang tidak mungkin - Shila Amzah - Utusan Malaysia

Untuk capai pendapatan setara, sekarang memang tidak mungkin – Shila Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Shila Amzah tidak pernah melihat ketidakseimbangan pendapatan bulanan antara dia dan tunang, Ubai MZ sebagai satu masalah besar dalam perhubungan.

Jelasnya lagi, dia juga tidak pernah memberi tekanan kepada bakal suaminya untuk mencapai tahap pendapatan setara dengannya.

“Sejujurnya Ubai memang agak tertekan mengenai hal tersebut tetapi saya cakap supaya dia usaha dan doa. Kasihan dia baru berusia 25 tahun tetapi perlu pecut untuk sama kedudukan.

“Kalau dia mahu capai sama seperti saya seperti sekarang, memang tidak mungkin. Cukup dia dapat selesaikan urusan nafkah dan semua yang patut termasuk insurans.

“Saya ada cakap buat sehabis daya. Buat masa sekarang, saya rasa sudah mencukupi dengan rezeki yang Allah SWT berikan,” ujarnya.

Sementara itu,bercakap soal persediaan bergelar isteri kali kedua penyanyi Memori Tercipta itu, dia mengakui perasaan takut itu tetap terutama selepas kegagalan rumah tangganya dahulu.

“Perasaan takut itu normal dan seperti yang pernah bercerai macam saya, perlukan banyak pertimbangan. Namun paling penting, berhenti mensabotaj diri dan izinkan diri untuk bahagia.

“Kita tidak akan tahu semua yang bakal terjadi di masa depan. Kebimbangan juga tidak akan menjadikan hidup lebih baik. Berdamailah dengan keadaan, tiada apa di dunia ini kekal untuk selamanya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya