PHNOM PENH: Atlet karate, H Sureeya Sankar menghadiahkan pingat emas ketiga buat Malaysia di Sukan SEA Kemboja, sebentar tadi.
Sureeya yang beralih ke kelas kumite bawah 60 kilogram menewaskan lawan dari Indonesia, Ari Saputra 13-5 dalam aksi final di Chroy Changvar Convention Centre Hall A.
Kejayaan itu merupakan emas kedua Sureeya dalam temasya dwitahunan itu selepas meraih emas pada penampilan pertamanya pada temasya Vietnam 2021 dalam kategori kumite bawah 67kg.-UTUSAN