Shereen, Umar raih emas berganda 400m Sukan SEA

Shereen, Umar raih emas berganda 400m Sukan SEA

Shereen Samson Vallabouy (kanan) dan Umar Osman mendominasi acara 400m di Sukan SEA Kemboja.-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Ketika perhatian terarah kepada Shereen Samson Vallabouy untuk membawa pulang pingat emas 400 meter Sukan SEA 2023, Umar Osman melakar kemenangan sensasi dalam saingan lelaki untuk menghadiahkan kejuaraan berganda buat Malaysia di Kemboja, sebentar tadi.

Shereen yang merupakan pemegang rekod kebangsaan mengetepikan cabaran sengit dua pelari Vietnam, Nguyen Thi Huyen (53.27s) dan Nguyen Thi Hang  (53.84s) untuk mengutip emas kedua olahraga di Phnom Penh.

Hanya beberapa minit kemudian, Umar yang tidak diberi harapan besar melakar sensasi dengan mengungguli saingan 400m lelaki mengatasi dua pelari Filipina, Umajesty Wesley Lachica Williams dan Frederick Cabatu Ramirez.

Lebih istimewa, catatan 46.34s yang dilakukan atlet kelahiran Johor itu memadam rekod kebangsaan berusia 22 tahun milik Zaiful Zainal Abidin, 46.41s yang dilakukan pada Kejohanan Remaja Asia di Brunei pada 2001. 

Umar juga muncul pelari Malaysia pertama memenangi emas 400m lelaki pada Sukan SEA sejak Zafril Zuslaini di temasya Kuala Lumpur 2001. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya