Sofian curah kasih sayang pada kuda

Sofian curah kasih sayang pada kuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERMULA dengan menjaga bekas kuda lumba yang cedera empat tahun lalu, akhirnya menyuburkan kasih sayang antara Sofian Mangsur, 46, dengan haiwan berkenaan.

Penjagaan rapi yang diberikan membolehkan kuda daripada baka thoroughbred itu bergerak aktif semula.

Keakraban dan keserasian anak jati Sabah itu dengan kuda mendorongnya memelihara lebih banyak lagi haiwan berkenaan.

Sehingga kini, Sofian memiliki sebanyak enam ekor kuda yang dinamakan Kiss Me, Joy, Sabaha, Justice, Lola dan Eva yang ditempatkan di Darul Jariyah, Bukit Sentosa, Rawang.

Kesemua bekas kuda lumba itu disumbangkan oleh individu perseorangan setelah tidak lagi digunakan dalam pertandingan.

Melihat kemesraan dan bahasa tubuhnya ketika dengan kuda, jelas tergambar kasih sayang tidak berbelah bahagi kepada haiwan kesayangan Rasulullah SAW itu.

Malah, Sofian sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan ‘anak-anaknya’ itu dalam keadaan baik.

Katanya, kuda mempunyai karakter berbeza antara satu sama lain termasuk ada yang agresif, kurang aktif, nakal di samping sensitif kepada persekitaran.

“Kadang-kala perkara-perkara tersebut memberi cabaran dan menguji kesabaran pemilik, sebab itu minat dan jiwa sangat penting bagi sesiapa yang mahu memelihara kuda.

“Kuda perlu disayangi dan bukan untuk ditunggang semata-mata,” katanya kepada Seri baru-baru ini.

Di sebalik keserasiannya, Sofian turut tidak terlepas dengan situasi cemas dan bahaya ketika mengendalikan kuda.

Katanya, kejadian jatuh di samping digigit dan ditendang kuda merupakan lumrah biasa.

“Paling mustahak, seseorang perlu bersabar dan jangan putus asa untuk belajar memahami haiwan ini,” ujarnya.

Sementara itu, Sofian memberitahu, Darul Jariyah yang diusahakan bersama isteri, Jalijah Awang bertujuan menyemarakkan sukan sunnah di negara ini.

Malah, pasangan itu turut membuka peluang kepada masyarakat untuk mendekati dan mengenali kuda di samping mempelajari ilmu menunggang secara percuma. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya