Skuad hoki lelaki negara raih emas

Skuad hoki lelaki negara raih emas

SKUAD Hoki lelaki negara meraikan kejayaan memenangi pingat emas di Sukan SEA Kemboja 2023.-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Skuad hoki lelaki negara menepati sasaran apabila meraih pingat emas selepas menewaskan Singapura 3-0 dalam aksi penentuan pingat emas di Sukan SEA Kemboja 2023, sebentar tadi.

Turun dengan misi wajib menang, anak buah Amin Rahim terpaksa menunggu sehingga suku kedua untuk membuka tirai jaringan selepas suku pertama tiada jaringan dihasilkan.

Amirul Hamizan Azahar meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-16 menerusi satu ‘set piece’ menerusi pukulan sudut penalti.

Jaringan itu berjaya diperolehi pada percubaan pukulan sudut penalti keempat yang diterima skuad negara.

Amirul Hamizan sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-38 menerusi pukulan penalti strok yang mudah menewaskan penjaga gol Singapura, Xuan Wee Wei.

Malaysia sekali lagi membocori gawang Singapura 10 minit kemudian dan kali ini menerusi Alfarico Lance Liau Jr hasil gol padang.

Kedudukan itu kekal hingga tamat permainan untuk memastikan pingat emas menjadi milik skuad Hoki Malaysia sekali gus mengulangi pencapaian edisi 2017 di Kuala Lumpur.

Pingat gangsa pula dikongsi Indonesia dan Thailand yang menamatkan peringkat kumpulan di kedudukan ketiga dan keempat.

Kejayaan itu membolehkan kontinjen negara meraih pingat emas ke-32 secara keseluruhan setakat ini dengan sasaran diletakkan adalah 40 emas.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN