Selangor mahu ‘rantai’ Ott, Kedah harap sokongan penyokong

Selangor mahu ‘rantai’ Ott

FAISAL Halim (kiri) akan membuat pertahanan Kedah kucar-kacir menjelang aksi kedua-dua pasukan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.-IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC akan merantai pergerakan kapten Kedah Darul Aman (KDA) FC, Manuel Ott dalam pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini.

Pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe menyifatkan pemain kelahiran Jerman yang memiliki kerakyatan Filipina itu sebagai nadi Kedah dan mampu merencanakan gerakan bahaya kepada jentera serangan.

“Kita tengok Manuel Oot sangat bahaya, bukan sahaja boleh menjaringkan gol malah, dia mampu mencorakkan permainan pasukan Kedah, dari bahagian bawah dan atas. Kita juga akan beri tumpuan kepada Lee Tuck, Willian Lira dan Jonathan Balotelli.

“Apa pun, kita positif dan menaruh keyakinan untuk mengutip tiga mata penuh ketika berdepan Kedah malam ini. Bagi saya, pertemuan malam ini juga menjadi medan untuk membuktikan pasukan mana yang lebih hebat.

“Saya kata begitu kerana kedua-dua pasukan sebelum ini menang selesa ke atas lawan masing-masing iaitu Selangor menang 4-0 ke atas Perak dan Kedah pula menewaskan Kelantan 5-0, jadi kita akan lihat siapa lebih hebat.

“Kita tahu perlawanan menentang Kedah akan jadi tumpuan, mereka (Kedah) bangkit dengan keyakinan yang tinggi, jadi saya harap anak-anak buah saya mampu buktikan sesuatu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Cheng Hoe berkata, persiapan Selangor FC berada dalam keadaan baik ketika serta moral pemain juga dalam keadaan baik dan kembali bangkit selepas dikejutkan dengan kekalahan 2-1 kepada Sabah pada 27 April lalu.

“Selepas kalah kepada Sabah, liga berehat seketika dan kesempatan itu kita guna untuk bina kembali pasukan dan hasilkan kita dapat lihat kemenangan ke atas Perak. Kemenangan itu kembali berikan motivasi kepada pasukan.

“Keserasian pemain tempatan dan barisan import juga baik dan perkara itu dibuktikan dalam perlawanan menentang Perak tempoh hari, jadi saya berharap skrip sama akan berulang untuk kita kutip tiga mata penuh,” katanya.

Bagaimanapun, Cheng Hoe tetap mahu anak-anak buahnya berhati-hati dengan rangkaian serangan yang akan direncanakan anak buah Nafuzi (Zain) bagi mengelak Selangor menjadi mangsa di laman sendiri.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya