Saya sudah puas nikmati kemewahan, kemahsyuran - Serina Redzuan - Utusan Malaysia

Saya sudah puas nikmati kemewahan, kemahsyuran – Serina Redzuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Air mata saya sudah kering untuk menangis mengenangkan apa yang telah saya lalui. Saya pun sudah puas menikmati kemewahan, kemahsyuran sebagai seorang anak seni.”

Demikian luahan pelakon, Serina Redzuan yang mengakui hidup lebih tenang apabila memilih untuk tidak lagi aktif dalam industri seni.

Mula menetap di Perlis, Serina berkata, dia ‘mengorbankan’ minat dan cintanya terhadap dunia seni untuk tinggal bersama suami, Meor Mohammad Aidid selepas mendirikan rumah tangga dua tahun lalu.

“Selama ini saya tinggal di Kuala Lumpur, kehidupan bandar, Bila kena ikut suami tinggal di Perlis, jujur kehidupan saya lebih tenang. Tidak ada ‘hiruk pikuknya.’

“Bila kita sudah dapat kebahagiaan yang dicari, perkara lain jatuh nombor dua. Saya sudah tidak ada hati untuk fikir tentang dunia glamor. Saya juga sudah puas dengan kehidupan anak seni.

“Bagi saya, pengorbanan seorang isteri itu lebih mulia daripada apa yang pernah saya ada sebelum ini. Saya ikut suami kerana mahu tinggal bersamanya,” katanya.

Jelas anak kepada cef selebriti, Datuk Chef Wan ini lagi, suaminya yang juga seorang anggota polis juga tidak mengizinkan dia untuk terlalu aktif dalam bidang lakonan.

“Kalau ikutkan, dia tidak mahu saya berlakon lagi. Cuma kadang-kadang, bila dapat watak yang sesuai dengan status dan imej saya sekarang, dia benarkan.

“Cuma sebenarnya saya sendiri belum terfikir lagi untuk kembali berlakon. Mungkin seronok berniaga. Saya pun ada keluarkan produk baharu, Belinjo Salted Egg,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya