Sang Kenari harap peminat ‘serbu’ stadium hadapi Selangor

Sang Kenari harap peminat ‘serbu’ stadium hadapi Selangor

Manuel Hidalgo (kanan) menjadi tonggak utama yang disandarkan untuk merobek gawang Selangor.-IHSAN KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tetap mengharapkan sokongan para peminat yang berkelana ke Lembah Klang untuk turun ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi menyemarakkan lagi semangat mereka menentang Selangor FC, esok walaupun membelasah Kelantan 5-0, baru-baru ini.

Pertahanan kiri Sang Kenari, Ariff Farhan Md. Isa berkata, sokongan daripada penyokong setia Hijau Kuning amat diperlukan ketika kedua-dua pasukan dilihat akan turun bermati-matian bagi mengukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga Super.

Apatah lagi kata Ariff, kedua-dua pasukan ketika ini sama-sama memiliki 22 mata sekaligus menjadikan perlawanan itu sesuatu yang amat dinanti-nantikan semua pihak.

“Sebab itu saya dan rakan sepasukan mengharapkan para penyokong Kedah yang tinggal di Lembah Klang akan turun ke stadium beramai-ramai bagi memberi lebih semangat kepada kami. Walaupun bermain di gelanggang lawan, rasanya penyokong Sang Kenari akan tetap memenuhi stadium kerana ramai yang tinggal di Lembang Klang.

“Kehadiran penyokong secara beramai-ramai itu akan memberi lebih semangat kepada kami. Kami sebelum ini sudah dapat tonik terbaik dengan mencatat kemenangan ke atas Kelantan dan diharapkan pasukan ini mampu mengekalkan momentum sama dengan dibantu sorakan penyokong ketika menentang Selangor nanti,” katanya.

Tambah Muhammad Ariff, situasi dalam pasukan terutamanya hubungan antara pemain dan barisan jurulatih cukup harmoni setakat ini serta saling memahami, lebih-lebih lagi setelah pasukan dibawa untuk sama-sama menikmati keindahan Pulau Langkawi dalam tempoh tiga minggu bercuti dari saingan Liga Super sebelum menentang Kelantan.

“Boleh dikatakan hubungan erat di luar padang itu amat membantu ketika kami berada dalam padang. Keserasian antara pemain dilihat semakin bertambah.

“Kami sememangnya menjangkakan perlawanan sengit menentang Selangor nanti. Namun kami yakin dengan perancangan Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain dan pasukan ini akan cuba untuk membawa pulang tiga mata ke Darul Aman,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya