Perbelanjaan pembiayaan kesihatan fokus Kertas Putih

Perbelanjaan pembiayaan kesihatan fokus Kertas Putih

ZALIHA Mustafa (tengah) melakukan gimik perasmian sempena Majlis Pelancaran Hari Penyelidikan Klinikal 2023 dan CRM Trial Connect 2023 di Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pembaharuan dalam sistem perbelanjaan pembiayaan kesihatan dalam mewujudkan sistem kesihatan terbaik antara fokus dalam Kertas Putih Kesihatan yang akan dibentangkan di sidang Parlimen akan datang.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, kementeriannya  sentiasa berhubung dengan Kementerian Kewangan dalam mencari kaedah untuk meningkatkan perbelanjaan kesihatan awam daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Katanya, perbelanjaan kesihatan awam pada masa kini adalah 2.9 peratus daripada KDNK dibandingkan dengan negara lain yang setaraf dengan Malaysia yang sudah mencapai lima peratus.

“Insya-Allah kita sentiasa berhubung dengan Kementerian Kewangan, khususnya memahami mengapa kita memerlukan perbelanjaan atau bajet sebegitu untuk memastikan sistem kesihatan terbaik.

“Saya yakin itu juga mendapat sokongan dari Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Hari Penyelidikan Klinikal 2023 dan forum anjuran Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM) di sebuah hotel di ibu negara hari ini.

Menurut Dr. Zaliha, kementerian ketika ini juga sedang mengkaji model pembiayaan kesihatan yang sesuai selain mendapatkan input dari negara luar.

Namun, katanya, setakat ini masih belum ada sebarang keputusan mengenai perkara itu.

“Insya-Allah selepas kita berjaya bentang Kertas Putih di Parlimen Jun ini, 0kita akan gariskan semua perkara terlibat termasuk sistem pembiayaan kesihatan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya