Mampukah Tok Gajah ‘pijak’ Harimau Selatan

Mampukah Tok Gajah ‘pijak’ Harimau Selatan

Bergson akan terus menjadi sadaran JDT mengetuai jentera serangan untuk merobek gawang Sri Pahang pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.-IHSAN JST
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertemuan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini bakal menentukan rekod siapa bakal lebur.

Menghampiri titik tengah saingan Liga Super musim ini, kedua-dua pasukan tersebut masih mempertahankan rekod tanpa kalah namun berdasarkan prestasi serta rekod JDT di kubu sendiri, sukar untuk mana-mana pasukan menjinakkan mereka.

Dibawah kendalian Esteban Solari, skuad Harimau Selatan berada dalam prestasi terbaik dengan merekodkan 11 perlawanan tanpa kalah daripada 11 perlawanan dan lebih menarik, JDT hanya dibolosi sekali.

Walaupun dilihat mempunyai kelebihan, namun Solari tetap berwaspada dengan skuad Tok Gajah dan menganggap pasukan lawan memiliki barisan pemain berkualiti dan perlu berhati-hati dengan taktikal ampuh Sri Pahang.

“Ia perlawanan penting bagi kami(JDT) kerana akan menentang pasukan yang menyerlah dalam saingan liga apabila masih kekal dengan rekod tanpa kalah tapi kami mahu mengambil kesempatan beraksi di laman sendiri dan mahu meneruskan rentak kemenangan.

“Ini juga memberi ruang kepada kami untuk melakukan penambahbaikan terutama aspek taktikal dan bersedia memperagakan aksi terbaik pada perlawanan itu nanti kerana dalam permainan bola sepak sentiasa ada kelemahan dan kami harus segera mempertingkatkan kualiti permainan.

“Kami akan menentang pasukan yang kerap bermain dengan permainan berintensiti tinggi malah sentiasa melakukan serangan dan sememangnya kami jangkakan ia perlawanan menarik kerana Pahang dibarisi pemain yang hebat,” katanya.

Begitupun, skuad Tok Gajah tidak dapat menurunkan penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan dan dua pemain pertahanan, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham dan Syazwan Andik memandangkan ketiga-tiga pemain itu adalah pemain pinjaman dari JDT.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya