Malaysia singkirkan Thailand untuk ke final

Malaysia singkirkan Thailand untuk ke final

AKSI Leong Jun Hao yang turun sebagai perseorangan lelaki pertama dalam acara badminton berpasukan lelaki ketika menentang Thailand pada aksi separuh akhir di Sukan SEA Kemboja, hari ini.-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Skuad berpasukan lelaki negara mencipta kejutan apabila menyingkirkan penyandang pingat emas acara badminton berpasukan di Sukan SEA Kemboja 2023, Thailand dengan keputusan 3-2 untuk mara ke perlawanan akhir esok.

Aksi yang berlangsung di Dewan Badminton Kompleks Sukan Nasional Morodok Techo, Phnom Penh menyaksikan wakil pertama yang turun beraksi merupakan Leong Jun Hao berentap dengan pemain ternama Thailand, Sitthikom Thammasin.

Atas kertas, ranking Thammasin jauh mengatasi Jun Hao apabila pemain itu berada di tangga ke-34 dunia, sementara Jun Hao sekadar di tangga ke-64 dunia.

Bagaimanapun, Jun Hao mengenepikan faktor atas kertas ketika turun ke gelanggang dan berjaya menewaskan Thammasin dengan keputusan 21-13, 18-21, 10-21 selepas bertarung selama sejam.

Malaysia semakin selesa apabila beregu lelaki, Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe menghadiahkan mata kedua negara dengan menewaskan Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul dengan keputusan 21-16, 14-21, 21-15.

Bagaimanapun, Thailand kembali merapatkan jurang menjadi 2-1 selepas wakil ketiga mereka, Panitchapon Teeraratsakul yang beraksi dalam acara perseorangan lelaki menumpaskan pemain negara, Ong Ken Yon dengan keputusan 17-21, 15-21.

Situasi semakin tegang buat kem Malaysia apabila beregu lelaki Thailand, Ruttanapak Outphong-Nantharn Yordphaisapong berjaya menumbangkan Chia Weijie-Liew Xun dengan keputusan 16-21, 14-21.

Perlawanan terpaksa ditentukan menerusi pertembungan peseorangan lelaki ketiga, dengan Malaysia mempertaruhkan Jacky Kok Jing Hong, sementara Thailand membariskan Saran Jamsri.

Jacky yang dipanggil saat akhir untuk menyertai skuad kali ini berjaya menyerap tekanan apabila menampikan aksi meyakinkan menentang Jamsri dan berjaya mencatatkan kemenangan dengan keputusan 21-12, 21-13.

Menanti Malaysia di final esok merupakan Indonesia yang menyingkirkan Singapura dengan keputusan 3-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya