Lego lepasi rintangan, pertahan emas breakdance

Lego lepasi rintangan, pertahan emas breakdance

SAM Jee Lek meraikan pingat emas breakdance yang diraih dalam Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja hari ini. - UTUSAN/AMIr KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Sam Jee Lek memastikan sukan tari menutup Sukan SEA 2023 dengan cemerlang apabila mempertahankan pingat emas saingan breakdance (B-Boys) lelaki di Kompleks Sukan Stadium Nasional Olimpik sebentar tadi.

Jee Lek yang terkenal dengan julukan Lego Sam menampilkan gerakan bertenaga dan memukau ketika mengetepikan pencabar dari Thailand, , Chinavut Chantarat 3-0.

Seorang lagi penari Thailand, Kantapon Rodsaart melengkapkan podium dengan membawa pulang gangsa.

Pada Sukan SEA 2019 di Filipina, Jee Lek menghadiahkan emas pertama Malaysia dalam sukan breakdance, namun acara B-Boys tidak dipertandingkan di Hanoi, tahun lalu.

Kata Jee Lek, emas yang dipertahankan tidak hadir dengan mudah kerana dia terpaksa menjalani latihan secara bersendirian tanpa mempunyai pasukan lengkap seperti jurulatih dan pegawai perubatan.

“Bagi menghadapi Sukan SEA, saya memang berusaha keras sejak awal tahun dengan melakukan latihan demi mengharumkan nama Malaysia.

“Apa yang boleh saya katakan, semua persediaan sendiri tanpa pasukan yang lengkap namun terima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN) yang ada memberikan bantuan kewangan.

“Kemenangan ini saya tujukan kepada semua pihak yang banyak membantu terutamanya keluarga dan rakan yang sentiasa menyokong untuk pastikan sukan tari membawa pulang emas untuk negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya