Lee Zii Jia akan umum jurulatih baharu

Lee Zii Jia akan umum jurulatih baharu

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain No. 8 dunia, Lee Zii Jia masih belum membuat sebarang keputusan muktamad mengenai jurulatih yang bakal dilantiknya dan berjanji akan mengumumkan dalam beberapa minggu lagi.

Anak kelahiran Kedah itu berkata, tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai perkara tersebut memandangkan pihaknya masih lagi diperingkat penilaian.

“Setakat ini saya tak boleh komen banyak, tiada perkembangan yang boleh dikongsi, harap dalam beberapa minggu lagi kita dapat putuskan dan saya akan umumkan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Axiata Arena, dekat sini, hari ini.

Zii Jia juga enggan memberi bayangan sama ada jurulatih pilihannya itu merupakan pengendali tempatan atau dari luar negara.

“Saya janji akan umumkan dalam masa terdekat, kita perlu meneliti terlebih dahulu nama-nama yang ada sebelum membuat keputusan.

“Banyak nama (berada dalam senarai), kehadiran jurulatih ini akan menjadikan pasukan saya lebih sempurna,” jelasnya.

Pemain berusia 25 tahun itu turut memberi gambaran bahawa jurulatih berkenaan perlulah benar-benar berpengalaman dan memiliki hala tuju jelas bagi membantu pasukannya.

Berhubung kedudukan Liew Daren, Zii Jia berkata, bekas pemain perseorangan negara itu yang baru sahaja mengumumkan persaraannya akan kekal sebagai pembantu jurulatih dan rakan
sepelatih. -UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya