PHNOM PENH: Kem silat negara terus menuai emas buat kontinjen Malaysia di Sukan SEA Kemboja 2023 di Chroy Changvar Convention Center, sebentar tadi.
Tiba giliran pesilat lelaki negara, Muhammad Izzul Irfan Marzuki meraih pingat emas apabila menjinakkan wakil Indonesia, Kadek Andrey Nova Prayada dengan keputusan 39-33 dalam kategori Tanding D 60-65 kilogram..
Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) sebelum ini, meletakkan sasaran dua emas kepada pesilat negara yang akan bersaing dalam Sukan SEA 2023 di Phnom Penh.-UTUSAN