Guru wanita dakwa gambarnya, ahli keluarga dimuatkan dalam video lucah - Utusan Malaysia

Guru wanita dakwa gambarnya, ahli keluarga dimuatkan dalam video lucah

HANYAN RAMLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Polis menerima laporan daripada seorang guru wanita di daerah ini yang mendakwa gambarnya dan ahli keluarganya dimuatkan dalam video lucah yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mangsa yang berusia 40-an itu membuat laporan polis pada Selasa lalu.

Menurutnya, guru terbabit membuat laporan tersebut selepas menyedari gambar yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya telah disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Katanya, mangsa menyedari video lucah melibatkan ahli keluarganya itu tular di media sosial pada 15 Mac lalu.

“Kita sedang menyiasat kes ini dan kita juga sedang mengenal pasti pemilik akaun media sosial itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Video tersebut telah mendapat sebanyak 2.4 juta tontonan pengikut laman sosial itu.

Hanyan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 15 (a) Akta Kesalahan Seksual Atas Kanak-Kanak 2017. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya