Cadang golongan LGBT dikategori pesakit mental

Cadang golongan LGBT dikategori pesakit mental

JAMALUDIN YAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional hari ini mencadang kepada kerajaan supaya kumpulan Gay, Lesbian, Biseksual dan Transgender (LGBT) dikategori sebagai pesakit mental. 

Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) bertanya soalan itu ketika Dr. Halimah Ali (PN-Kapar) membahas Rang Undang-undang Akta Kesihatan Mental (pindaan 2023) di Dewan Rakyat sebentar tadi. 

Halimah pula yang sebelum ini terkait kontroversi isu kanser dan autisme dalam Menu Rahmah kemudian bersetuju dengan cadangan yang disuarakan Jamaludin. 

Jamaludin: Adakah (Ahli Parlimen) Kapar setuju bahawa golongan LGBT juga dicadang dimasukkan dalam masalah kesihatan mental?

Halimah: Terima kasih, kiranya masuk jugalah (LGBT) dalam ucapan saya.

Dalam bacaan kali pertama pada April lalu, Rang Undang-Undang Kesihatan Mental (Pindaan) 2023 antara lain membolehkan pegawai intervensi krisis menangkap mana-mana orang yang cuba membunuh diri. 

Rang undang-undang bagi meminda Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615) itu dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. 

Menurut rang undang-undang itu, pegawai berkenaan yang telah menangkap orang di bawah subseksyen (1) hendaklah dengan seberapa segera yang praktik, tetapi tidak lewat daripada 24 jam selepas penangkapan itu, membawa orang berkenaan kepada pegawai perubatan di hospital psikiatri kerajaan atau pengamal perubatan berdaftar di hospital psikiatri swasta yang diwarta untuk pemeriksaan. 

Pegawai intervensi krisis juga boleh semasa menjalankan kuasa di bawah subseksyen (2) untuk memecah buka mana-mana pintu atau tingkap luar atau dalam mana-mana premis dan masuk ke dalam, atau selain masuk secara paksa ke dalam premis dan mana-mana bahagian premis itu atau memindahkan secara paksa apa-apa halangan kepada laluan masuk itu.

Dalam pada itu, Halimah berkata, isu kesihatan mental adalah isu yang besar dan perlu ditangani kerajaan. 

“Ini adalah peratusan yang besar dan saya bersetuju supaya bukan sahaja Kementerian Kesihatan tetapi semua kementerian perlu duduk bersama-sama mengatasi secara tuntas untuk mengatasi masalah kepada mereka yang celaru mental ini sehingga sanggup untuk membunuh diri,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya