Bunuh, bakar kekasih hamil: Polis rekod keterangan 10 individu 

Bunuh, bakar kekasih hamil: Polis rekod keterangan 10 individu 

AGUS Salim Mohd. Alias (tengah) menunjukkan gambar imbasan kandungan mangsa, senjata dan barangan lain digunakan suspek kes bunuh seorang wanita di Ibu pejabat Polis Daerah Sabak Bernam, Sungai Besar, di Sabak Bernam, Selangor, semalam. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Polis sudah merekodkan keterangan 10 individu bagi membantu siasatan kes seorang lelaki membunuh dan membakar teman wanitanya sebanyak dua kali di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar di sini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, kesemua individu itu melibatkan saksi-saksi kejadian termasuk suspek utama.

“Keterangan mereka sudah diambil dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut 302 Kanun Keseksaan. Tiada sebarang tangkapan lain dilakukan setakat ini,” katanya ketika dihubungi petang tadi.

Tambah beliau, proses bedah siasat dijangka dilakukan Hospital Sungai Buloh esok.

“Perkara itu melibatkan urusan hospital namun mayat mangsa belum diserahkan kepada keluarga setakat ini,” ujarnya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan seorang lelaki bertindak kejam menikam dan menoreh teman wanitanya sebanyak dua kali sebelum dan membakarnya.

Tindakan tidak berperikemanusian itu dilakukan suspek berusia 20 tahun selama dua hari bermula Isnin lalu selepas berlaku perselisihan faham berkaitan menyembunyikan kehamilan luar nikah mangsa yang berusia 21 tahun.

Selain memukul dan menoreh perut kekasihnya yang merupakan pelayan restoran itu, suspek juga dipercayai turut sempat membeli minyak petrol di stesen minyak untuk membakar mangsa.

Polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat mangsa, kira-kira pukul 8.15 pagi kelmarin.

Siasatan mendapati wanita yang hamil empat bulan itu dibawa suspek menaiki sebuah kereta sebelum dibunuh dan dibakar di kebun tersebut, kira-kira pukul 10 malam Isnin lalu.

Pasangan kekasih itu dipercayai menjalin hubungan sejak setahun lalu sebelum berlaku perbalahan akibat kehamilan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya