Buntu tidak daftar anak angkat

Buntu tidak daftar anak angkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN
Saya sudah berkahwin dan tidak mempunyai anak. Saya mengambil anak angkat sejak tiga tahun lalu. Masalahnya, saya masih tidak mendaftarkan status anak angkat kepada pihak berwajib. Saya rasa belum masanya dan urusan tersebut membebankan saya. Salahkah saya?
-IBU SERBA SALAH

JAWAPAN
Hasrat memiliki anak angkat sangat mulia dan apabila bercadang mengambil anak angkat, puan perlu bersedia dengan tanggungjawab yang akan dipikul di masa akan datang. Memandangkan sudah lebih dua tahun menjaga anak itu, jadi puan perlu segera mengambil tindakan mendaftarkannya. Adalah menjadi tanggungjawab puan sebagai ibu angkat.
Melengah-lengahkan urusan itu akan memberi kesan kepada anak tersebut seperti sukar untuk bersekolah, wujud rendah diri dan tidak yakin dengan persekitaran.
Kanak-kanak ada hak untuk diberikan penjagaan terbaik. Apa yang boleh puan lakukan adalah:
-Segera mendaftarkan permohonan di pejabat Kebajikan Masyarakat daerah terdekat.
-Kenal pasti sebab tidak mahu mendaftar, adakah kerana tiada dokumen pengenalan diri atau malas. Dapatkan daripada ibu bapa kandung anak angkat.
-Puan perlu peka dan bertanggungjawab sepenuhnya. Jagalah anak angkat dengan baik kerana itu juga adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai ibu angkat.
-Jika tidak mampu menguruskan anak angkat dengan baik,
semula kepada ibu bapa kandung atau pasangan ibu bapa lain supaya anak terpelihara dengan baik. Dapatkan nasihat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk panduan yang betul.

SOALAN
Saya seorang anak angkat dalam keluarga. Baru-baru ini saya dapat berjumpa kembali ibu kandung setelah 15 tahun. Saya mengetahui tentang ibu daripada maklumat saudara-mara. Ibu sudah berkeluarga dan saya gembira, tetapi saya ada masalah untuk menyesuaikan diri dengan adik-beradik lain.
-GADIS RESAH

JAWAPAN
Tiada siapa inginkan hidup menjadi anak angkat kepada sebuah keluarga yang bukan darah daging. Saudari bertuah dapat bertemu semula dengan ibu kandung.
Tidak semudah itu menerima dan menyesuaikan diri dengan keluarga baharu. Apa yang boleh dilakukan ialah:
-Bina hubungan baik dengan kerap bertandang ke rumah ibu kandung. Sertai aktiviti bersama adik-beradik.
-Mungkin mereka juga masih malu-malu. Ajak mereka sekeluarga makan di luar bersama ibu kandung.
-Jika respon positif lakukan aktiviti lain. Jika tidak, teruskan bersabar dan membalasnya dengan kebaikan.
-Berdoa dan jaga hubungan dengan ibu kandung. Melawat dan memberikan buah tangan akan menambah rasa selesa.

Oleh Kaunselor Berdaftar, Zumasni Rajikin

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya