Bersatu Terengganu nafi tanding empat DUN   - Utusan Malaysia

Bersatu Terengganu nafi tanding empat DUN  

RAZALI IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu menafikan dakwaan parti itu akan bertanding  di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pengerusi Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, dakwaan tersebut yang disiarkan dalam sebuah portal terbabit tidak benar dan bersikap ‘serkap jarang’.

“Sebenarnya kita masih belum ada sebarang keputusan muktamad lagi (agihan kerusi untuk parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) dalam PRN nanti.

“Kita telah sepakat untuk menyerahkan perkara itu kepada  pimpinan di peringkat Pusat dan ia masih dalam perbincangan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Hari ini, sebuah portal melaporkan kononnya Bersatu akan meletakkan empat calon di kerusi DUN iaitu Langkap (Setiu), Telemong (Hulu Terengganu), Alor Limbat (Marang) dan Paka (Dungun).

Laporan itu menyebut perkara itu telah dipersetujui oleh kepimpinan PN Terengganu yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, sebelum diserahkan kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dimuktamadkan. 

Razali yang juga Ketua Penerangan Bersatu berkata, tiada sebarang perincian mengenai sebarang perbincangan boleh didedahkan kepada umum buat masa ini.

“Semuanya hanya akan diputuskan oleh pimpinan Pusat dan pemimpin di peringkat negeri akan akur dengan sebarang keputusan yang telah dimuktamadkan nanti,” katanya.

Pada masa ini, Pas mentadbir Terengganu setelah memenangi 22 daripada 32 kerusi DUN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya