Banduan liwat rakan dijel lima tahun, satu sebatan

Banduan liwat rakan dijel lima tahun, satu sebatan

TERTUDUH dibawa oleh polis pengiring semasa menghadiri perbicaraan di Mahkamah Sesyen, Kota Bharu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang banduan kes dadah dipenjara lima tahun dan satu sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam  atas pertuduhan meliwat rakannya di Pusat Pemulihan Akhlak Machang dekat sini tahun lalu.

Pengakuan itu dibuat tertuduh, Mohammad Rohaizad Rosli, 27, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii dengan seorang lelaki berusia 33 tahun.

Kesalahan tersebut dilakukannya di dalam bilik di sebuah blok, Pusat Pemulihan Akhlak Machang dekat Machang di sini kira-kira pukul 1 pagi pada 26 Jun tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Wan Nurul Hanini memohon hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh kerana melakukan kesalahan tersebut semasa menjalani hukuman kes dadah di Pusat Pemulihan Akhlak Machang.

“Hukuman tersebut diharap dapat memberi pengajaran kepada tertuduh supaya tidak melakukan kesalahan sama pada masa akan datang,” katanya.

Mohammad Rohaizad dalam rayuannya memohon mahkamah menetapkan hukuman penjara bermula daripada tarikh dia ditangkap.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 24 Julai tahun dan satu sebatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya