41 nelayan Vietnam ditahan, tiga bot dirampas - Utusan Malaysia

41 nelayan Vietnam ditahan, tiga bot dirampas

RASHIDILHADI Abd Rashid (berdiri, kiri) memeriksa sebahagian hasil laut dalam bot nelayan Vietnam yang ditahan selepas menceroboh perairan negeri ini di Kuala Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memberkas seramai 41 kru dan tekong warga Vietnam selepas menahan tiga bot nelayan asing itu di perairan negeri ini pada 19 Mei lalu.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander (M) Rashidilhadi Ab. Rashid berkata, buah bot nelayan asing itu ditahan semasa kapal Maritim Malaysia melakukan rondaan bersepadu Op Kuda Laut dan Op Naga Barat kira-kira 123 batu nautika dari Kuala Terengganu.

Menurutnya, ketiga-tiga bot terbabit ditahan  ketika bergerak secara beriringan antara pukul 10 pagi hingga 10.30 pagi.

Katanya, bot tersebut berjaya dikesan ketika nelayan asing itu baru melabuhkan pukat untuk menangkap ikan.

“Hasil pemeriksaan mendapati ketiga-tiga bot berkenaan dikendalikan 41 kru termasuk tekong warga Vietnam berusia antara 21 hingga 44 tahun tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

“Tekong ketiga-tiga bot itu juga gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran yang sah dan memadamkan nombor pendaftaran bot,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Rashidilhadi memberitahu, pihaknya juga merampas bot, peralatan menangkap ikan, bekalan diesel lebih kurang 1,500 liter dan hasil tangkapan kira-kira 100 kilogram yang bernilai keseluruhan RM4.5 juta.

“Ketiga-tiga bot dan nelayan terbabit dibawa ke Jeti Pusat Tahanan Vesel, Maritim Terengganu untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya