Tali skipping bawa Nadia Nazurah ke Kejohanan Dunia - Utusan Malaysia

Tali skipping bawa Nadia Nazurah ke Kejohanan Dunia

Skipping
AKSI Nadia Nazurah Amri dalam pertandingan lompat tali dan bakal mewakili negara ke kejohanan dunia antarabangsa Julai ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang mahasiswi tidak menyangka minat dalam sukan lompat tali (skipping) membawanya ke Kejohanan Dunia Lompat Tali di Colorado, Amerika Syarikat pada Julai ini.

Nadia Nazurah Amri, 22, akan beraksi dalam Kejohanan Dunia, Kejohanan Terbuka Antarabangsa dan Kejohanan Dunia Remaja serta bersaing bersama 3,000 peserta dari lebih 30 negara.

Menurut siswi ijazah sarjana muda Pengurusan Hotel di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam itu, selain dia, tiga lagi peserta dari universiti dan sekolah turut akan bersamanya untuk bersaing dengan peserta lain dari seantero.

“Sebelum ini saya bersaing di peringkat ASEAN di Bangkok Thailand dan berjaya berada pada kedudukan ke-12 dalam acara individu, ke-5 dalam acara berpasangan dan ke-7 dalam acara berpasukan. Untuk kejohanan dunia saya dan tiga lagi peserta dari luar UiTM akan bertanding lompat tali dalam kategori berprestasi tinggi sahaja.

“Saya berharap sukan lompat tali yang mempunyai pelbagai kategori termasuk berirama, individu dan berpasukan yang saya ceburi sejak berusia 9 tahun akan lebih dikenali dan menjadi acara sukan yang popular di negara ini,” katanya.

Tambah Nadia Nazurah, kini dia sedang menjalani latihan intensif setiap hari amat diperlukan kerana pemarkahan melibatkan teknik, kepantasan dan stamina.

Jelas anak kelahiran Perlis itu, rutin tersebut sudah dipupuk sejak menyertai sukan itu dalam pelbagai peringkat ketika zaman persekolahan.

“Sebelum ini peserta lompat tali negara hanya menyertai kejohanan peringkat Asia Pasifik dan untuk ke Colorado ia adalah kali pertama untuk saya dan tiga lagi peserta.

“Hasil sokongan pihak UiTM, pengurusan UCS dan keluarga cita-cita saya untuk ‘melompat’ hingga ke peringkat antarabangsa telah dipermudahkan,”katanya.

Katanya lagi, kunci kepada kemahiran melompat dengan penuh skil adalah minat dan komitmen yang tinggi, yang mana dia pasti akan melompat bila ada masa terluang dan setiap masa dia membawa tali skipping di dalam beg sandangnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya