Saya tak ada duit nak bayar denda- Faisal Halim

Saya tak ada duit nak bayar denda- Faisal Halim

FAISAL Halim dikasari pertahanan Sabah dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa keputusan pengadil perlawanan, Mohd Hasrol Mohd Amir menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong dan pemain Selangor ketika tewas kepada Sabah 2-1 di Stadium Likas, kelmarin.

Pemain sayap lincah, Faisal Halim berkata, Selangor memerlukan perlawanan adil tanpa sebarang masalah yang boleh mencetuskan rasa tidak puas hati pasukannya.

Walaupun, tidak dapat dipastikan apa yang cuba diluahkan Faisal, namun ia dipercayai mengenai mutu pengadilan dalam aksi Liga Super tersebut.

“Kami bekerja keras, kami usaha dan pasukan Selangor sudah cuba yang terbaik. Saya kecewa dengan cara kami kalah, semua orang tahu setiap tahun benda sama berulang.

“Saya tak boleh cakap secara terus, saya hanya pemain biasa. Saya tak ada duit nak bayar denda dan saya tak nak kena gantung.

“Saya jujur dan ikhlas dengan kerja saya, begitu juga saya nak pihak lain yang terbabit ikhlas menjalankan tanggungjawab.

“Kami ingin perlawanan yang adil, kalau perlawanan adil, kami kalah 5-0, 10-0 tak apa kami terima. Tapi dengan cara begini kami kecewa dan tak boleh terima dengan hati yang terbuka.

“Kami perlu teruskan perjuangan, apa yang penting kami berada dalam landasan baik. Tetapi saya mengharap kepada semua pemain terima keputusan malam ini (kelmarin), tak menjatuhkan kami.

“Kami tahu ramai yang ingin menjatuhkan pasukan Selangor, ramai yang tak senang hati dengan Selangor. Tetapi ini bola sepak, kami perlu perlawanan yang adil dan jujur,” katanya.

Menerusi laman Instagram miliknya, Faisal turut memuat naik video dia dikasari pertahanan Sabah, Rizal Ghazali yang memijak bahagian pehanya dengan butnya dalam perlawanan itu.

Rata-rata penyokong mempertikaikan tindakan pertahanan Sabah itu yang terlepas daripada dihukum pengadil perlawanan apabila permainan diteruskan seperti biasa.

Walaupun tewas kepada Sabah, Gergasi Merah tetap di tangga kedua Liga Super dengan 22 mata.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya