TOKYO: Peluncur air dari Jepun berusia 89 tahun dinamakan peluncur tertua di dunia oleh Rekod Dunia Guinness.
Lapor UPI, Seiichi Sano, 89, berusia 88 tahun dan 288 hari ketika agensi itu mengesahkan dia meluncur ombak pada 8 Julai tahun lalu.
Sano berkata, dia mendapat inspirasi untuk meluncur air selepas mendaki Gunung Fuji pada usia 80 tahun.
“Saya bekerja dengan pengurus bank yang berkulit sawo matang. Saya fikir dia mungkin seorang pemain golf, tetapi apabila saya bertanya kepadanya, dia berbisik kepada saya dan berkata dia meluncur,” katanya.
Selepas diberitahu pengurus bank itu, Sano pergi meluncur buat kali pertama tiga hari kemudian.
Dia serta-merta ketagih dan kini dilaporkan meluncur sepanjang tahun.
Sano berkata, dia mempunyai sistem untuk memastikan pembelajarannya lancar.
“Anda melakukannya selama tiga hari, kemudian anda berehat dan anda melakukannya sekali lagi selama tiga hari, dan seterusnya,” katanya.