Pendirian Malaysia berhubung isu Laut China Selatan masih kekal

Pendirian Malaysia berhubung isu Laut China Selatan masih kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar hari ini menegaskan bahawa pendirian Malaysia berhubung isu Laut China Selatan adalah konsisten dan kekal, serta tidak pernah berubah.

Kerajaan malahan sentiasa tegas dan komited mempertahankan kedaulatan, hak dan kepentingan negara dalam kawasan maritimnya selaras Peta Baharu Malaysia 1979.

“Malaysia berpendirian teguh bahawa isu berkaitan laut itu mesti diselesaikan secara aman dan konstruktif berdasarkan undang-undang sejagat,” katanya melalui kenyataan.

Meskipun tidak disebut secara spesifik, kenyataan ini dipercayai merujuk komen segelintir pihak mempertikai jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen yang menyebut perkataan ‘rundingan’ semasa menyentuh berhubung projek cari gali Petronas dengan pihak berkuasa China.

Isu itu turut dieksploitasi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Anwar sebagai cuai seolah-olah memperakui tuntutan China di laut tersebut.

Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, isu itu harus diurus menurut perundangan global termasuk Konvensyen Mengenai Undang-Undang Laut Bangsa-Bangsa Bersatu 1982.

“Rujukan perkataan ‘rundingan’ itu bermaksud sebarang isu perlu dibincang atau diselesaikan secara aman menggunakan segala platform sedia ada dan diplomatik,” katanya.

Langkah itu wajar tanpa menjejaskan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara bagi elak sebarang peningkatan ketegangan dan ancaman penggunaan kekerasan.

Justeru ujar Wisma Putra, dalam usaha bersama itu, Malaysia terus mengambil pendekatan diplomatik dalam setiap urusannya dengan negara-negara lain termasuklah China demi memastikan Laut China Selatan terus kekal sebagai perairan aman, stabil dan selamat untuk laluan maritim perdagangan antarabangsa.

Perkara berkenaan juga selaras peruntukan terkandung dalam Deklarasi Tatalaku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan antaranya penyelesaian isu konflik secara aman.

Semua pihak yang terlibat bahkan berusaha mengelakkan ancaman atau penggunaan kekerasan seperti dipersetujui oleh negara-negara anggota ASEAN dan China pada 2022.

“Pendekatan rundingan turut diambil ASEAN dan China untuk memuktamadkan satu Kod Tatalaku di laut itu dan kedua-dua pihak komited terhadap[ proses penerbitan kod itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya