Pelakon lama ada karisma, bakat sukar ditandingi – Ayu Puteh - Utusan Malaysia

Pelakon lama ada karisma, bakat sukar ditandingi – Ayu Puteh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penerbit prolifik, Datuk Ayu Puteh berkata, pelakon lama tidak kira lelaki atau wanita mempunyai kelas tersendiri dan tidak boleh dianggap terlalu tua untuk bergelar teraju utama.

Katanya, ramai pelakon lama berusia 40-an ke atas masih laris di pasaran kerana bakat dan pengalaman mereka selain karisma yang sukar dicari terutama dalam kalangan pendatang baharu.

“Memang saya tak setuju kalau asal pelakon tua sahaja, kita pinggirkan. Saya sentiasa membuka ruang dan peluang tidak kira lama atau baharu dalam naskhah terbitan saya.

“Hero lama seperti Aaron Aziz, Fahrin Ahmad, Beto dan Faizal Hussien mempunyai kredibiliti yang sukar diganti. Mereka cukup bijak mengolah karakter kerana kematangan dan pengalaman.

“Itu yang sukar dicari. Tak pernah pula ada skim wajib untuk letak hero muda sahaja. Bagi saya itu tidak adil. Cuma lumrah di Malaysia, ramai yang ada tanggapan begitu,” katanya.

Pemilik Pencil Pictures ini juga menambah, watak dan jalan cerita sesebuah naskhah memainkan peranan penting dalam memilih gandingan teraju utama.

“Tetapi kita perlu tengok watak dan jalan cerita. Jika karakter itu boleh dibawakan oleh pelakon lama, bagi saya mestilah kita akan tawarkan kepada pelakon biarpun sudah berusia.

“Hero sekarang juga mempunyai masa depan cerah, satu hari nanti mereka juga akan tua, Sekarang orang tak lihat rupa dan bakat semata, kena ada kebijaksanaan juga.

“Kalaui baca skrip pun gagap, tak boleh nak cerna jalan cerita serta karakter, tak guna juga. Sebab itu, pelakon berpengalaman lebih diperlukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya