Muda lantik Pengerusi baharu di Perak - Utusan Malaysia

Muda lantik Pengerusi baharu di Perak

AMIR Abd. Hadi (empat dari kanan) bersama kepimpinan Muda Perak pada majlis berbuka puasa di Ipoh semalam. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: VKK Rajasekaran dilantik sebagai Pengerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Perak yang baharu menggantikan Mutalib Uthman yang digugurkan dan digantung keahliannya selama tiga tahun.

Setiausaha Agung Muda, Amir Abd Hadi berkata, bagi jawatan lain, hampir keseluruhan menyaksikan pertukaran tetapi mungkin hanya bertukar portfolio.

“Di bawah kepimpinan Rajasekaran, kami berikan kebebasan kepada kepimpinan negeri untuk membuat keputusan siapa yang sesuai untuk bersama dalam jawatankuasa yang akan dibentuk.

“Setakat ini lima jawatan teratas jawatankuasa negeri telah dibentuk,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di Surau Al-Qomar, Taman Pengkalan Utama di sini, semalam.

Menurut Amir, pelantikan jawatankuasa baharu negeri hanya dibuat di Perak berikutan konflik selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), yang memerlukan rombakan.

Sementara itu, Amir berkata, Muda membuat persiapan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri dengan menganjurkan bengkel dalaman untuk mempersiapkan jentera parti.

“Mengenai sasaran untuk Muda bertanding dalam PRN, itu akan dibincangkan.

“Saya tidak boleh umumkan sekarang, ini akan dibincangkan dalam sidang Muda nanti sebab kita ada prosesnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN