Farid, Diana hadir sebutan permohonan hadanah - Utusan Malaysia

Farid, Diana hadir sebutan permohonan hadanah

Hadanah
DIANA Danielle dan Farid Kamil tiba di pekarangan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) bagi menghadiri sebutan kes hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle tiba di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, bagi sebutan permohonan hadanah hari ini.

Prosiding pendengaran itu berkaitan hak penjagaan ke atas dua anak mereka Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8

Sebutan hadanah itu berlangsung di hadapan Hakim Syarie Zulfikri Yasoa.

Diana, 32, selaku pemohon diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Farid, 42, selaku responden diwakili peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan.

Petugas media tidak dibenarkan mengikuti prosiding itu di dewan terbuka dan hanya diminta berada di ruangan menunggu di luar dewan mahkamah.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan pasangan pelakon itu dinasihatkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Petaling untuk berdamai sewaktu sebutan permohonan cerai yang difailkan Diana.

Pelakon Imaginur itu memfailkan permohonan cerai pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Alasan yang diberikan pelakon itu dalam permohonannya ialah tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Namun, Farid enggan melafazkan cerai dan Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara anak kepada Diana yang membuat permohonan hadanah sebelum ini.

Pasangan itu sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz di Hotel Flamingo by the Lake dengan mas kahwin RM10,000 pada 3 November 2012. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya