Cuaca panas: beratus umat Islam Bangladesh berdoa mohon hujan

Cuaca panas: Umat Islam Bangladesh berdoa mohon hujan

SEORANG penarik beca menuang air ke atas kepala ketika cuaca panas di Dhaka, Bangladesh.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Beratus-ratus umat Islam Bangladesh berkumpul di padang terbuka di Dhaka untuk menunaikan solat hajat dan berdoa memohon hujan selepas negara yang mempunyai 170 juta penduduk itu mencatatkan hari paling panas dalam tempoh hampir 60 tahun.

Polis berkata, lebih 500 jemaah berkumpul di padang permainan Aftabnagar di mana ulama televisyen popular, Shaikh Ahmadullah memimpin solat.

“Mereka mengadakan solat hajat memohon hujan. Mereka juga mengadakan solat hajat untuk mengurangkan suhu dan perlindungan daripada gelombang panas,” kata ketua polis tempatan, Abul Kalam Azad kepada AFP.

Negara Asia Selatan yang miskin itu berdepan perubahan iklim dengan banjir yang kerap membawa maut dan hujan yang tidak menentu.

Afroza Sultana dari Jabatan Meteorologi memberitahu AFP, hujan yang biasanya turun pada bulan April dan Mei tidak menjadi kenyataan pada tahun ini dan negara itu dicengkam cuaca panas luar biasa sejak 4 April lalu.

Pada Ahad lalu, suhu di Dhaka melonjak kepada 40.6 darjah Celsius, tertinggi sejak 30 April 1965 apabila suhu mencecah 42 darjah Celsius, kata Afroza.

Beliau memberitahu, suhu akan menurun secara beransur-ansur dalam beberapa hari akan datang dan hujan dijangka tiba lewat April, sejurus sebelum negara itu menyambut perayaan terbesarnya, Aidilfitri.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya