THT selangkah hampiri kejuaraan liga

THT selangkah hampiri kejuaraan liga

PEMAIN THT, Faisal Saari (kiri) dikejar pemain Nurinsafi Sporting pada aksi HML di Stadium Hoki MBKT, Kuala Terengganu, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pasukan Hoki Terengganu (THT) hanya tinggal selangkah lagi untuk mempertahankan kejuaraan Liga Hoki Malaysia (MHL) selepas membenam Nurinsafi Sporting 6-2 di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MPKB), hari ini.

Keputusan itu menyaksikan THT kekal tiga mata mengatasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) di tempat kedua dan hanya memerlukan seri dalam aksi terakhir liga yang menemukan kedua-dua pasukan, Sabtu ini.

Pakar flik Korea Selatan, Jang Jonghyun membuka tirai jaringan tuan rumah dengan meledak dua gol pantas menerusi sudut penalti pada minit kedua dan minit keempat.

Kedudukan menjadi 3-0 buat THT apabila tonggak kebangsaan, Mohd. Marhan Jalil menjaringkan gol padang pada minit keenam berpunca gerakan kapten, Mohd. Fitri Saari.

Kem tuan rumah terus ceria setelah Jonghyun mencetak gol ketiga dan keempat peribadi dalam perlawanan ini melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-13 dan ke-19.

Ketinggalan lima gol tanpa balas, Nurinsafi Sporting menghidupkan sisa perjuangan selepas hantaran Geore Eswaran disambar Joshua Benedict (m-28) untuk gol pertama pelawat.

Namun THT semakin garang dengan Faizal Saari mudah menolak masuk bola umpanan Akhimullah Anuar Esook untuk kedudukan terus berubah menjadi 6-1 pada minit ke-31.

Hasrat THT menambah jaringan tidak berhasil sebaliknya pelawat memperoleh gol kedua pada minit ke-56 menerusi jaringan Haikal Nilesh Hrsikesa dan keputusan 6-2 kekal sehingga tamat. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya