Tersepit besi penutup longkang di sekolah - Utusan Malaysia

Tersepit besi penutup longkang di sekolah

Longkang
KEADAAN pelajar perempuan yang kakinya tersepit pada besi penutup longkang di SMK Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Hari pertama pembukaan sesi persekolahan bertukar malang bagi seorang pelajar perempuan apabila kakinya tersepit 20 minit pada besi penutup longkang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7 di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu menimpa mangsa berusia 16 tahun yang berjalan di sekitar kawasan sekolah tersebut tanpa menyedari terpijak penutup longkang yang besar lalu kaki kanannya terperosok di  longkang sedalam satu meter.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 9.08 pagi.

Katanya, sepasukan 10 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dikerah dalam operasi menyelamat itu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kaki pelajar perempuan itu masih tersepit pada besi penutup longkang tersebut.

“Anggota bomba kemudian berjaya  mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Morni, kejadian itu tidak menjejaskan sesi persekolahan tersebut.

“Pelajar itu didapati tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Kaki mangsa hanya calar dan kembali meneruskan sesi pembelajarannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya