MADRID: Jaringan sendiri Eder Militao menghadiahkan kemenangan 1-0 Barcelona ke atas Real Madrid pada separuh akhir pertama Piala Raja Sepanyol di Stadium Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.
Barcelona yang turun berdepan Madrid selepas dua kekalahan berturut-turut dan tanpa tiga pemain utama iaitu penjaring terbanyak Robert Lewandowski, pemain tengah Pedri dan pemain sayap, Ousmane Dembele berjaya melakukan kejutan.
Disingkirkan daripada Liga Europa oleh Manchester United minggu lalu dan kekalahan pertama berdepan pasukan kerdil La Liga, Almeria, penyokong Madrid melihat peluang terbaik untuk pasukan kesayangan mereka menambah derita Barca, sebaliknya terpaksa pulang kecewa.
Jaringan sendiri Militao selepas bola terkena dirinya dan menerjah gawang sendiri selepas 26 minit perlawanan berlangsung menyaksikan Barcelona memiliki kelebihan bagi aksi kedua 5 April ini di Camp Nou.-AFP