Sup Gearbox dengan 7 jenis rempah

Sup gearbox dengan 7 jenis rempah

SUP Gearbox tujuh jenis rempah istimewa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUP gearbox boleh dikatakan merupakan antara juadah yang paling dinantikan-nantikan setiap kali tibanya Ramadan.

Ia sering menjadi pilihan utama di setiap bufet Ramadan kerana keenakan sup dan rasa lemak bahagian daging menu itu.

Bertemakan Citarasa Malaysia, Hotel Grand Dorsett Subang juga tidak ketinggalan menawarkan Sup Gearbox istimewa yang dimasak dengan tujuh jenis rempah istimewa tahun ini.

Cef Masakan Melayu, Muhammad Anwardy Mahat berkata, sup istimewa itu dihasilkan dengan gabungan tujuh jenis rempah rahsia yang diajar oleh cef senior kepadanya suatu masa dahulu.

Gabungan rempah itu yang dimasak bersama kaedah tradisional berjaya membangkitkan rasa unik sup gearbox yang pastinya menggamit memori di kampung.

“Istimewanya di sini adalah kaedah memasak yang digunakan adalah sama seperti cara tradisional bagi mengekalkan keunikan rasa masakan berkenaan.

“Kami tidak mengamalkan jalan pintas dalam penyediaan makanan kerana tidak mahu keaslian rasa itu hilang.

“Bagi Sup Gearbox ini ia mengambil masa sehingga empat jam untuk proses merebus sahaja sebelum dimasukkan ke dalam kuah bagi mendapatkan isi daging yang benar-benar lembut,” katanya kepada Utusan Malaysia.

BUFET Ramadan bertemakan Citarasa Malaysia di Hotel Grand Dorsett Subang.

Rambang mata ketika menghadiri sesi ulasan menu bufet Ramadan yang bertemakan Citarasa Malaysia baru-baru ini.
Semuanya nampak sedap, ditambah peragaan hidangan, membuatkan selera pasti ‘bergelora’.

Biarpun ada yang berpendapat sup merupakan makanan yang mengandungi kandungan tinggi kolesterol, yang ada tekanan darah tinggi untuk menikmatinya. Namun ketahuilah bahawa apa sahaja makanan jika disediakan dengan kaedah dan sukatan yang betul serta tidak dimakan berlebihan, pasti individu dapat menikmati hidangan tanpa sebarang masalah.

PELENGKAP SELERA

Selain itu, antara menu istimewa lain yang dipersembahkan adalah Nasi Tomato, Ayam Goreng Cili Kering dan Kacang Gajus, Ayam Bakar Bawang Putih dan Sos Rosemary, Gulai Kawah Daging dan Pajeri Nenas.

Hidangan seperti sate, kuah kacang dan kuih-muih tradisional turut disajikan bagi melengkapi suasana buka puasa ala kampung.

Durian Musang King dibawa segar dari Raub, Pahang turut dihidangkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya