Stamford Bridge yang pertama anjur Iftar Terbuka

Kelab bola sepak Chelsea anjur majlis berbuka puasa di stadium Stamford Bridge

PENDUDUK sekitar London berpeluang berbuka puasa di dalam stadium milik Chelsea.-REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Stamford Bridge menjadi stadium Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama menganjurkan Iftar Terbuka apabila Chelsea membuka pintu kepada komuniti setempat untuk berbuka puasa, Ahad lalu.

Kesempatan itu dimanfaatkan beberapa ratus orang untuk berkumpul dan berbuka puasa bersama-sama.

Iftar Terbuka adalah acara komuniti terbesar di United Kingdom (UK) sepanjang Ramadan membolehkan orang ramai berkumpul dan berbuka puasa.

Selain menjamu selera dengan pelbagai juadah, ia menyediakan tempat selamat untuk berdialog dan berbual sesama sendiri.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Paul Canoville iaitu pemain kulit hitam pertama beraksi untuk Chelsea.

“Ia membawa makna besar kepada saya apabila melihat komuniti berkumpul bersama-sama. Ini adalah apa yang sebenarnya mengenai bola sepak menyatukan semua orang,” kata Canoville, yang beraksi 103 kali dalam tempoh lima tahun antara 1981 dan 1986.

Penduduk dalam kalangan komuniti di Fulham bersama penyokong dan pelajar turut dijemput ke majlis itu bersama-sama staf Chelsea FC.

Skuad Chelsea ketika ini dibarisi beberapa pemain beragama Islam antaranya Wesley Fofana, N’Golo Kante, Hakim Ziyech dan Malang Sarr.

Minggu lalu, pegawai perlawanan EPL dan Liga Inggeris (EFL) diarahkan untuk memberikan masa lebih lama apabila permainan terhenti bagi membolehkan pemain Muslim berbuka puasa.

Majlis berbuka puasa turut diadakan di Brighton, dikuti QPR (30 Mac), Aston Villa (5 April) dan Wembley (15 April).-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya