Srikandi Sarawak, pesilat negara semakin gagah

Srikandi Sarawak, pesilat negara semakin gagah

Zureen Zulyka Zaidel menghampakan pencabarnya, Hananzohira Harif dari ATM sekali gus menempatkan diri ke separuh akhir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kehebatan srikandi tuan rumah semakin terserlah pada Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak (SPISC) 2023 yang memasuki hari ketiga di Stadium Perpaduan Petra Jaya, hari ini.

Pada sesi pagi, tiga pesilat Sarawak mengesahkan tempat ke separuh akhir menerusi kejayaan Azizy Arbi dalam kategori Solo Kreatif Putra senior, Zureen Zulyka Zaidel (Tunggal Baku Putri senior) dan Nur Inatha Khairuniyah Wira yang beraksi dalam kategori Solo Kreatif Putri.

Azizy menewaskan rakan sepasukannya, Mohammad Shamiezal Shapian di suku akhir dengan meraih 9.840 mata.

Rentak kemenangan kem silat Sarawak diteruskan Zureen Zulyka yang menewaskan Hananzohira Harif dari Angkatan Tentera Malaysia dengan pungutan mata 9.9 berbalas 9.39, sekali gus layak ke separuh akhir.

Kemudian Nur Inatha Kharuniyah melangkah ke separuh akhir selepas menundukkan Nur Sofea Nadillah dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sementara itu, pesilat negara, Muhammad Khairul Shaddad Ardi menepati ramalan apabila mengesahkan tempat ke separuh akhir acara Tunggal Baku Putra senior.

Begitupun, Khairul yang pernah meraih pingat gangsa acara seni ketika Sarawak menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2016 tetap diberi tentangan sengit oleh lawannya dari Brunei, Muhammad Ali Saifullah Muhad Suhaimi yang turut memperagakan gerakan kemas dan tangkas.

Pesilat dari Johor itu menang tipis selepas meraih 9.950 mata manakala lawannya mengumpul 9.9920 mata.

Nur Syafiqah Hamzah yang menggalas cabaran skuad kebangsaan dalam kategori Tunggal Baku Putri senior menghampakan pencabarnya, Mary Francine C Padios dari Filipina.

Nur Syafiqah yang muncul pesilat pertama negara meraih pingat emas pada kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara di Singapura, tahun lalu, sudah pastinya memegang reputasi selaku atlet pilihan untuk menggenggam emas acara ini di SPISC 2023.

Turut meneruskan kemaraan adalah pasangan adik-beradik Muhammad Danial Azray Noorazizan dan Muhammad Danial Azroy Noorazizan dalam kategori Ganda Putra senior.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya