Ratusan arnab, haiwan eksotik sempat dipindahkan - Utusan Malaysia

Ratusan arnab, haiwan eksotik sempat dipindahkan

SHAHRIZAN Mansor menunjukkan arnab ternakannya yang diselamatkan dari banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Pasangan suami isteri lega dan bersyukur kerana sempat memindahkan ratusan ekor arnab yang menjadi sumber rezeki keluarga mereka, termasuk beberapa ekor ayam dan burung yang digunakan sebagai pameran.

Shahrizan Mansor, 41, dan isterinya, Norhafizah Hashim, 38, dari Kampung Liang Batu, Lenga di sini berkata, tiga kandang bersaiz besar menempatkan 200 ekor arnab, lima ekor ayam eksotik serta tiga ekor burung baji itu musnah.

Katanya, selain kandang, ratusan bungkusan daging arnab sejuk beku yang sedia untuk dijual rosak berikutan bekalan elektrik ditutup.

“Apabila dengar kejadian banjir di Labis, Segamat ma­kin buruk, kami pindahkan semua ternakan ke kediaman rakan di Felda Batu 27, Lenga ke­rana kedudukannya atas bukit. Sangkar dan beberapa peti sejuk beku hanya diletakkan di tempat lebih tinggi di rumah.

“Air makin naik setinggi dua meter, kami terkedu dan percaya semua barang elektrik serta kandang haiwan yang dah letak di tempat tinggi pasti terjejas,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kompleks Sukan Pagoh di sini.

Jelasnya, kerugian bagi ke­semua barangan perniagaan termasuk tiga kandang, peti sejuk dan dua peti sejuk beku dianggarkan mencecah RM30,000.

Dia mengakui, meskipun sedih dengan ujian menimpa, apa yang lebih utama adalah keselamatan ahli keluarganya memandangkan isterinya pula sarat hamil lapan bulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya