Perak FC gagal tebus kekalahan kepada Sri Pahang

Perak FC gagal tebus kekalahan kepada Sri Pahang

PERTAHANAN Sri Pahang, Fadhli Shas (kiri) mencabar pemain Perak FC dalam aksi Liga Super di Stadium Ipoh, malam ini.-IHSAN PERAK FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Impian Perak FC untuk menebus kekalahan 1-2 kepada Sri Pahang dalam saingan Piala FA sebelum ini tidak kesampaian.

Sebaliknya, skuad Tok Gajah membuktikan kehebatan apabila mengecewakan pasukan tuan rumah 3-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, sebentar tadi.

Jangkaan Perak mampu memberi saingan kepada lawan, seperti yang dilakukan dalam pertemuan pertama ternyata meleset apabila Pahang mudah mematahkan gerakan pemain pasukan tuan rumah.

Kombinasi Obiozor-Seo Seonung ternyata tidak efektif untuk merobek kubu lawan seperti dilakukan ke atas Kuching City FC pada aksi di sini Ahad lalu.

Penguasaan anak buah Fandi Ahmad terserlah dan Kpah Sherman akhirnya mudah menewaskan penjaga gawang, Tian Keat See pada minit ke-13.

Walaupun selepas itu anak buah Datuk Lim Teong Kim berusaha mencari gol penyamaan tetapi gagal mencipta sebarang peluang menjaringkan gol.

Sebaliknya, pemain skuad Tok Gajah berjaya melebarkan kelebihan apabila Stefano Brundo menjaringkan gol kedua hasil lambungan bijak Sherman pada minit ke-37.

Dua minit kemudian, episod malang menimpa kem pasukan tuan rumah dan terpaksa beraksi kurang satu pemain selepas Muhammad Nasrol Amri Kamarul Azhan dilayangkan kad merah pada minit ke-39.

Jaringan Muhammad Zuhair Aizat Mohd. Nasri menerusi rembatan rendah pada minit ke-73 memastikan kemenangan mutlak buat Sri Pahang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya