PARIT: Kenaikan harga pelet ikan selain sukar mendapat bekalan benih menjadi ancaman kepada penternak ikan patin dan tilapia dalam sangkar di Sungai Perak di sini. Mereka mendakwa kenaikan harga pelet yang melambung menyebabkan peningkatan kos seterusnya turut mempengaruhi harga ikan di pasaran. Seorang penternak di Tanjung Bidara, Pulau Tiga di sini, Zakaria Mohamed Ji berkata, kerana harga pelet yang meningkat, kos makanan ikan sehari meningkat kepada RM750, mengikut jenama dan kualiti pelet yang diberikan. Menurutnya, pelet berjenama paling baik berharga RM100 bagi setiap satu beg 60 kilogram manakala jenama lain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya