Peniaga, pengunjung Bazar Ramadan Rahmah terima insentif e-tunai - Utusan Malaysia

Peniaga, pengunjung Bazar Ramadan Rahmah terima insentif e-tunai

SEBAHAGIAN daripada peserta yang menyertai program Consumer Fun Walk di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Peniaga dan pengunjung di Bazar Ramadan Rahmah di Binjai Rendah, Marang dekat sini akan menerima insentif e-tunai menerusi perkhidmatan e-dagang (e-wallet) pada setiap Sabtu, sepanjang bulan Ramadan depan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, seramai 80 peniaga di Bazar Ramadan Rahmah itu akan menerima insentif e-tunai itu sebanyak RM30 setiap seorang manakala pengunjung pula menerima insentif yang sama sebanyak RM20 seorang.

Bagaimanapun, menurutnya, bayaran insentif itu ditawarkan kepada 1,000 pengunjung terawal di Bazar Ramadan Rahmah itu sahaja untuk membolehkan mereka berbelanja termasuk di bazar Ramadan tersebut.

Katanya, bayaran insentif tersebut disediakaan oleh KPDN itu disalurkan untuk membantu meringankan beban golongan peniaga dan pengunjung di Bazar Ramadan Rahmah berkenaan pada bulan Ramadan ini.

“Bazar Ramadan Rahmah itu yang akan operasi setiap hari bermula 1 Ramadan ini dan pembukaan Bazar Ramadan Rahman lain bergantung kepada peruntukan yang disediakan kepada KPDN negeri,” kataya selepas program Consumer Fun Walk di Gong Badak, di sini, hari ini.

Hadiah-hadiah kepada pemenang program itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Alias Razak.

Saharuddin memberitahu, peniaga-peniaga di bazar Ramadan itu juga bersetuju untuk menjual makanan dan minuman dengan harga lebih murah kepada pengunjung.

“Beberapa peniaga juga akan menjual Menu Rahmah dengan harga yang murah,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau memberitahu, seramai 116 pegawai dan penguat kuasa KPDN akan melakukan pemeriksaan dan pemantauan harga di premis perniagaan dan bazar Ramadan pada sepanjang bulan Ramadan ini.

Tambahnya, seramai 58 pegawai pemantauan harga pula akan melakukan pemeriksaan harga agar peniaga tidak menaikkan harga barangan keperluan secara sesuka hati.

“Saya menasihatkan peniaga-peniaga di premis perniagaan dan bazar Ramadan supaya meletakkan tanda harga pada barangan dan makanan yang dijual untuk mengelakkan tindakan dikenakan ke atas mereka. 

“Peniaga juga perlu memastikan alat timbang dan sukat yang digunakan ditentusahkan dan berada dalam keadaan baik,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya