Pelajar boleh pakai baju-T ikuti aktiviti kokurikulum

Pelajar boleh pakai baju-T ikuti aktiviti kokurikulum

FADHLINA Sidek bercakap kepada pemberita selepas Seminar Membangunkan Malaysia Madani: Peranan Sektor Pendidikan di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, Nilai, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua murid dan pelajar kurang kemampuan diberi kelonggaran untuk memakai baju-T sukan bersesuaian semasa mengikuti aktiviti kokurikulum badan beruniform di sekolah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, keputusan itu dibuat bertujuan meringankan beban ibu bapa sekiranya tidak mampu membeli set pakaian badan beruniform menjelang sesi pembukaan sekolah pada 20 Mac ini.

Beliau berkata, pihak kementerian amat memberi perhatian mengenai beban yang dihadapi ibu bapa dalam persiapan persekolahan anak masing-masing termasuk pakaian seragam sekolah.

“Ada ruang kemanusiaan yang diberi sebagai contoh banjir di Johor, datang sahaja ke sekolah, pakailah baju apa pun asalkan berbaju sebab kami tidak mahu beban hanya soal baju itu kita tidak dapat selesaikan dan mereka dinafikan daripada pendidikan.

“Dalam soal rungutan baju kokurikulum dan badan beruniform, kami juga bersetuju, jika tidak mampu pakailah ke t-shirt (kemeja-T) yang menggambarkan sekolah mereka atau pakaian sukan untuk hadir ke sekolah dan mengikuti semua program sekolah.

“Tidak timbul soal kami berkeras soal pakaian seragam dan tidak mengambil perhatian soal itu tetapi kami bagi ruang bagaimana kami boleh bersifat akomodasi kepada semua keadaan,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Seminar Membangunkan Malaysia Madani: Peranan Sektor Pendidikan di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, Nilai, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN